Tuesday 25 September 2018

REVIEW WATER FILTER DI MALAYSIA / COWAY VS CUCKOO



Halooo uolls~~

Post kali ni sis nak share pasal perbezaan antara penapis air aka water filter coway dan cuckoo.

Sis yakin mesti korang tengah dilemma sekarang ni nak pilih mana satu yang terbaik-kannn? Betul tak?

Sekarang ni macam-macam brand ada sampai tak tahu mana yang bagus. Jadi, sebagai pengguna ni kita harus-lah bijak!

Alang-alang membeli tu harus-lah pilih yang betul-betul baik-kan?

Bukannya apa nak cari duit sekarang ni bukannya senang. Salah beli nanti merana poket tak pasal-pasal bayar sampai abis kontrak baru boleh tukar...

Dan sekarang ni memang brand femes yang paling ramai orang pakai dan duk survey dah tentu-lah cuckoo atau coway.

Oleh yang demikian, dengan baik hati-nya sis nak share dengan korang yang mana satu terbaik untuk korang guna.

(Sebelum tu, review sis ni tak berat mana-mana tau. Apa yang sis share ni pendapat sis je.)

Jujur kalau korang tanya sis antara cuckoo dan coway mana lagi baik jawapan sis..

TAK BANYAK BEZA PUN..HEHE..JANGAN MARE!

Tapi memang betul! Secara umum-nya, kedua-dua ni bagi korang air bersih, ada panas sejuk dan ada orang datang servis ke rumah...

Tapi bagi sis 3 perkara yang paling penting korang kena amik tau,

1. Harga

Dah tentulah bila kita nak beli semestinya kita nakkan harga yang paling murah dengan ciri yang paling baik-kan. Kalau kita compare mostly harga penapis air cuckoo lebih murah berbanding coway.

Contohnya, kalau cuckoo harga promo diaorang boleh dapat serendah RM56.60 lebih rendah dari coway yang mana berharga RM65 untuk model yang paling murah. (ini pun masa promo je laaa)

2. Kualiti Air

Bab kualiti air ni sis tertarik dengan cuckoo satu je sebab kualiti air dia adalah air mineral atau mild alkaline. Of coz lah sihat dah kita ni hari-hari melantak makanan berasid macam ayam dan daging semua. Ada alkali ni neutral sikit baru cargas!

So untuk harga lebih murah tapi kualiti air lebih better bg sis it’s good deal!

Untuk Coway pula kebanyakkan model penapis air coway menghasilkan air Reverse Osmosis (RO) atau air minuman. Bukannya tak bagus air RO ni Cuma tekak sis tak leh terima sebab rasanya kadang tu cam minum air paip…hehehe

Kalau korang tanya sis mana satu bagus untuk korang...sis tak tahu...hehehe...

Bergantung kepada apa tujuan korang nak dapatkan penapis air nie..kalau tujuannya sekadar untuk mmasak atau buat air Kordial untuk masuk peti ais sis rasa RO water pun ok dah. Tapi kalau untuk minum direct atau buat susu anak sis lebih baik dapatkan air mineral…lebih baik tuk kesihatan.

3. Servis

Untuk servis pula, servis penapis air coway ni diaorang buat 2 bulan sekali dan cuckoo pula diaorang buat 4 bulan sekali.

Kalau cek apa beza dia, kalau korang tanya orang coway diaorang kata cuci lagi kerap lagi bersih.

Tanya orang cuckoo pulak diaorang kata 4 bulan sekali tu diaorang tukar terus filter dalam tu bukan macam coway yang hanya cuci je filternya.

Tapi kalau korang tanya sis, frankly sis tak kisah sangat bab ni asal ada orang servis dah la kan. Tu bagi sis la.

Secara keseluruhannya, kedua-dua jenama ni tak banyak beza tetapi untuk nilai yang lebih berbaloi dengan jumlah duit yang sama korang bayar.

Penapis air cuckoo lebih banyak kelebihan walaupun dengan harga yang lebih murah sebagai contoh kalau korang buat perbandingan antara model ICON dari Cuckoo dan model VILLAEM dari Coway.


Kedua-dua model ni kalau korang nak banding macam Honda City dan Toyota Vios. Kira sama level lah.

Dari segi harga, Icon korang boleh dapat dengan harga RM113.21 dan Villaem boleh dapat dengan harga RM118.00.

Walaupun Icon lebih murah tapi korang boleh dapat air mineral dengan fungsi touch screen digital lagi...canggih la sikit nampak moden berbanding villaem yang bagi air RO dengan design jenis lama yang tekan-tekan tu.

Kesimpulannya, tak kiralah korang nak amek Cuckoo atau Coway sebab pastikan korang buat pilihan yang terbaik!

Lepas dah tahu brand mana yang korang nak mesti korang kelirukan nak pilih model mana yang sesuai untuk korang kan? 

Jangan risau kalau korang nak cari produk cuckoo baca sini,
Post ni Kenapa Water Filter Ini Berbaloi Kalau Bajet Anda Bawah RM100.

Dalam post ni diaorg ada terangkan review 9 jenis penapis air cuckoo dan senarai best selling produk cuckoo dengan harga yang berbaloi.

Diaorg jugak ada review 3 penapis air cuckoo bawah RM100 dengan features yang advance dalam post ni.

Jadi takde lah rugi nanti kalau terbeli model yang tak sesuai dengan keperluan kita. Menyesal kemudian tak berguna sebab kontrak dah jalan dan tukar model pun dah tak boleh. So bayar je lah nanti dengan penuh penyesalan setiap bulan….hehehe…


Klik sini untuk baca Kenapa Water Filter Ini Berbaloi Kalau Bajet Anda Bawah RM100.

1 comment:

  1. Emperor Casino Review - Shootercasino
    The 인카지노 online gambling industry is very strong. Many companies use 제왕카지노 this to attract their customers to their new site. In our review we'll talk about the  Rating: 7.5/10 · ‎Review by 메리트카지노 ShootingClan

    ReplyDelete